Wednesday, February 13, 2013

subhanAllah :)


Beberapa hari yang lepas, time tu aku tengah basuh pinggan. Kat dapur tu banyak dengan buah2an. Tengah2 basuh pinggan tu tetiba aku terfikir. Sepandai2 orang dalam dunia ni, dengan teknologi modenlah, dengan kreativiti generasi zman sekaranglah, ada tak yang mampu mencipta buah-buahan sebagaimana Allah ciptakan ? aku pun taktahu lah kenapa aku terfikir macam tu kan. Then aku mulalah bayangkan buah yang lain dari yang pernah ada dalam dunia ni. Macam2 bentuk aku imagine. Haha. Aku bayangkan segi empat lah apa lah. Ok. Then warna pulak. Ahh tu lagi senang kan. Letak jerlah warna yang pelik sikit. Kelabu ke Hitam cair ke (ada ke) Sampailah ke arah rasa. Kat situ memang aku taktahu and blank and finally been give up.

Motif cerita ?

Sebenarnya berdasarkan imaginasi aku tu, timbul satu soalan yang betul2 buat aku curious.  Punyalah banyak buah2an kat dunia ni, macam mana Allah menjadikan setiap satunya lain bentuk, warna dan rasanya ? Subhanallah. Maha suci Allah.

Nak dijadikan cerita, satu hari, selepas aku solat maghrib dan baca Al-quran, aku tetibe je nak baca terjemahan surah yang aku baca tu. Demi Allah, mungkin Allah ingin tunjukkan sesuatu padaku. Tengah2 aku baca terjemahan, aku terpandang suatu keterangan dari salah satu surah yang aku baca.  Ia berbunyi :

“Dibumi ada beberapa potong (bidang) yang berdekatan dan beberapa kebun dari anggur dan tanam-tanaman dan pohon kurma, yang bercabang dan yang tidak bercabang, (semuanya) disirami dengan air yang satu.  (Dalam pada itu) Kami lebihkan setengahnya dari yang lain, tentang rasa buahnya.  Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan (atas ada Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

(Surah Ar-Ra’d, ayat 4)



Got the answer :) Allahualam. 

No comments: